Scan barcode
iris_ymra's reviews
137 reviews
The Two of Us by Andy Jones
4.0
Time seemed to move twice as fast in Fisher and Ivy's 19 days relationship and forward. They both were expecting baby, just 19 days into their relationship -- to be exact babies -- they were expecting twin. Whilst the three words, had not even slip out through either of their lips.
Fisher all knew he's in love with this woman of 9 years apart in age from him, and their relationship was a living proof of romance isn't always has to present in a relationship; in each other companionship -- a relationship, it grows beyond love.
And while still trying to understand one another, they both grew together by going through the same thing together; sharing every tears and laughters.
______
Such an honest story, intimate, and familiar altogether. A close to heart I could say.
It has enough of every emotions I could relate to. I was frustrated, I smiled, I laughed, I cried and then I laughed again. The plot of familiarity kept me turning from one page to another, I wanted to know when and how will everything end up like.
A story that is close to reality, it definitely ended up in a way that is so unexpectedly yet great as well.

PSIKIK by Husna Rosli
5.0
Setiap tindakan -- baik atau buruk -- adalah bertunjangkan kepada satu sebab. Dan apabila yang bertindak itu ialah mereka yang berkuasa dan berkelebihan, impak yang sangat besar akan dapat dilihat terhadap tindakan yang mereka ambil sebagaimana apa yang telah dilakukan oleh Presiden Karina terhadap pemerintahan Kaizer.
Tindakan yang dilakukan oleh Karina adalah berasaskan pada dendam dalam dirinya semata -- sesuatu yang hanya peribadi -- tetapi dengan pengaruh serta kuasa yang dia miliki, Presiden Karina mampu mencucuh sekecil-kecil persamaan bara dendam dan benci yang dia dan orang ramai miliki (wanita terutamanya) untuk mencipta sebuah api yang marak besar, mencipta kebencian kepada kaum lelaki.
Ada perkara yang sentiasa memerlukan sebuah kehilangan untuk mengesahkan sebuah kewujudan -- kehilangan (kematian) Ilham untuk menunjukkaan kepincangan dalam wujud sistem pemerintahan Kaizer, yang akhirnya membuka mata Elina dan membawa kepada menggulingkan pemerintahan Presiden Karina.
______
Psikik ialah sebuah buku yang pada saya sangat menarik dan tidak klise. Penulisannya tersusun dan kemas. Dan sebagai pembaca, buku ini sentiasa menjawab persoalan dan kritikan yang ingin wujud dalam minda sebagai contoh:-
1. Ketika saya merasakan yang Elina sudah terlalu lama mengikuti latihan dengan Kumpulan Pertahanan dan tidak bertemu dengan Fara, membelek sahaja pada muka-muka surat seterusnya terus muncul babak Fara bertemu Elina di dalam bilik Elina. (Bab 24-25)
2. Sama juga pada babak ketika Elina ditawan oleh Presiden Karina yang dipaksa untuk menyaksikan bagaimana Kumpulan Pertahanan dibunuh dengan kejam, saya sudah ingin mengkritik penulis kerana tidak menunjukkan bagaimana perasaan Elina (yang pada saya sepatutnya berasa amat terganggu secara mental menyaksikan semua itu), tetapi kritikan saya terus terjawab pada muka surat seterusnya. (Bab 29)
Dalam sesebuah cerita saya memang cenderung mencari babak sedih, kesakitan dan kehilangan.
Kematian Ilham buat saya nangis.
Kematian Syafiq -- sebetulnya pada babak Elina hampir ditembak ketika berada di dalam bilik Presiden Karina saya memang sudah menjangkakan Syafiq ialah individu yang melindungi Elina dan sebaliknya menerima peluru yang hampir menembak Elina. Dan sejujurnya I was already crying, dalam kepala otak I was like no, no, not another lost for Elina. Tapi malangnya penulis simpan untuk twist di akhir bab, dan kenapa saya cakap malang sebab seriously I was already really, really hurt masa babak individu yang lindungi Elina tu mati (and it'll sound kejam kalau saya cakap yes I was expecting Syafiq to be dead, because that's the pain I crave XD).
Satu yang pasti penulis memang berjaya buat saya main dengan emosi -- sedih, sakit hati, jengkel -- sepanjang pembacaan.
And for every twist made, thank you writer. Saya faham why Elina simpan Syafiq dalam minda macam tu, it's probably to protect her from her own pain. Kesakitan pada sebuah lagi kehilangan.

Trilogi Ajaib #3: AKSARA by Syafiq Aizat
5.0
Hebatnya trilogi ini, ialah bila kau sentiasa hendak tahu apa kisah pada muka surat seterusnya. Sebuah kisah yang tidak klisè. Sebuah kisah yang menyentuh hati. Sebuah kisah yang tunjukkan kau satu hubungan yang pada satu tahap yang lebih tinggi dalam bentuk penulisan; dalam bentuk cerita.
Persoalan, teka-teki, tanda tanya -- penulis curahkan semuanya untuk kau sama perah otak. Tapi sayang untuk aku, ketika cuba meneka-neka satu tekaan pun salah. Hebatnya penulis sebab mampu mencipta sesuatu yang tidak terjangka -- sekurang-kurangnya bagi aku. Tapi penulis tidak membiarkan kau disimbah dengan jawapan melimpah-limpah sampai kau lemas, sebaliknya penulis menyiram kau dengan jawapan yang cukup supaya kau serap semuanya dan faham jalan cerita.
Aku menangis gila -- macam aku nangis bila Izaq pergi -- bila Fa'iq pula yang 'pergi'. Terima kasih sebab mampu hadirkan rasa sedih dan terluka dengan jumlah yang aku suka sepanjang membaca Aksara -- kontradik sungguh. Setiap kali Fa'iq syahdu aku pun ikut syahdu.
______
Salah satu fav. quote dalam Aksara - "...boleh tak anggap musibah tu macam pujian secara tak langsung?"

AWAN by Syafiq Aizat
5.0
Berkawan dengan budak ajaib mungkin akan buatkan kita jadi 'ajaib' juga, seperti Ayiq. Walaupun Ayiq memang sudah mempunyai kebolehan membaca fikiran, tetapi yang lebih berkuasa itu pada saya ialah keinginan dan rasa tanggungjawab untuk membantu dalam diri Ayiq yang saya temukan sepanjang dalam pembacaan ini; sama seperti Izaq.
Awan diceritakan dari sudut pandang Fa'iq, yang lebih mesra dipanggil Ayiq. Dalam penulisan kali ini hanya satu sudut pandang yang digunakan oleh penulis -- hanya sudut pandang watak Ayiq -- tapi tidak membataskan pengetahuan kita sebagai pembaca kerana kita juga turut sama seperti sedang membaca minda watak-watak lain; seperti watak Izaq.
Hubungan persahabatan yang kuat yang ditunjukkan dalam jalan cerita sentiasa menjadi satu faktor kisah ini menjadi sangat menarik.
Membaca perjalanan Izaq dan Ayiq dalam menyelesaikan konflik yang mereka hadapi atau koflik yang lebih banyak dihadapai watak-watak sampingan yang lain -- seolah-olah menjadi satu perjalanan yang kita turut bersama ada di dalamnya -- sebuah perjalanan dalam mencipta memori bersama watak Ayiq dan Izaq dan juga kita sebagai pembaca.
Bersama-sama dalam mencipta memori untuk turut bersama-sama kita ingati nanti; supaya nanti tidak hanya Ayiq sendiri yang mengenang memori itu tetapi, kita juga sama.
Sehinggakan sewaktu kita terlalu asyik mencipta memori dalam perjalanan ini, kita tidak menjangkakan yang kita sedang sebenar-benarnya mencipta memori untuk nanti hanya menjadi sebagai sebuah ingatan. Ayiq mungkin tidak juga menjangkakannya.

AJAIB by Syafiq Aizat
4.0
Berbanding kepada betapa 'ajaibnya' kebolehan dapat melihat benda halus ini, saya rasakan kebolehan Izaq dalam menjadi pembimbing rakan sebaya adalah lebih ajaib. Rakan-rakan yang punyai masalah bagai ditakdirkan untuk menemui jalan penyelesaian melalui Izaq.
Kadangkala kita merasakan yang kanak-kanak tidak (akan) memiliki masalah sebesar orang dewasa, tapi sebenarnya sebesar mahupun sekecil apa masalah itu adalah bergantung kepada individu yang menghadapinya -- kerana kita sesungguhnya mempunyai keupayaan untuk menanggung sesebuah masalah pada kadar yang berbeza.
Hubungan persahabatan yang ditunjukkan dalam kisah Ajaib ini pada saya sangat indah -- zaman kanak-kanak sememangnya persahabatan terasa lebih indah. Walaupun ketika membaca sesekali saya terbayangkan watak-watak di dalam kisah ini adalah lebih berusia berbanding umur sebenar mereka. Mungkin disebabkan oleh penggunaan POV pertama oleh penulis -- jadi saya merasakan seperti jalan cerita buku ini ialah penceritaan semula yang dilakukan oleh watak itu sendiri pada usia yang sudah dewasa.
Ajaib juga tidak fokus kepada satu-satu konflik sepanjang jalan cerita, banyak konflik yang diwujudkan, yang sentiasa sahaja menemui jalan penyelesaian -- konflik masalah yang dihadapai oleh setiap watak di dalam cerita ini -- konflik budak sekolah yang sentiasa dapat diselesaikan bilamana individu itu sendiri inginkan sebuah penyelesaian dan bantuan. Benda itu lah yang dapat saya belajar -- sesiapapun yang memiliki masalah hanya akan dapat dibantu bila mereka ingin dibantu. Dan ketika dalam fasa mencari ini lah jati diri seseorang itu mampu dibentuk, hanya sahaja mereka perlu pengetahuan dan pendedahan yang benar.
Kanak-kanak sememangnya lebih mudah untuk dibentuk, kerana mereka sedang dalam proses untuk menerima semua info yang diajar, masih lembut menerima teguran kerana mereka belum kenal akan sebuah kesalahan.
Dan Izaq, mungkin padanya kelebihan ini lah ujian (sumpahan) buatnya, tetapi siapa saja yang tidak diuji di dalam dunia ini, lihat saja lah pada rakan-rakan sebaya Izaq -- mereka juga sama diuji, cuma bentuk ujiannya sahaja yang berbeza.

NIKINA by Nadia Khan
5.0
Kisah Nik dan Kina; percintaan dari zaman sekolah menengah membuatkan kedua-duanya nekad dengan keputusan untuk menyatukan hubungan mereka dalam satu ikatan perkahwinan dalam usia yang muda usai tamat pengajian sekolah menengah -- sekaligus menjadikan mereka seorang dewasa yang memilih untuk keluar daripada kehidupan keluarga masing-masing -- dan memulai kehidupan keluarga mereka sendiri, yang Nik dan Kina berjanji tak akan pernah serupa dengan bagaimana kehidupan keluarga mereka. Tapi siapa saja yang dapat menjangka apa yang menanti di masa hadapan, yang pada akhirnya membawa kepada 'terpisahnya' Nik dan Kina -- atau lebih tepat memilih dan merelakan sebuah perpisahan.
Hubungan Nik dan Kina ialah satu keadaan dimana usia bukanlah satu asas untuk menetapkan sesuatu tindakan dapat dibuat atau tidak; suatu contoh yang mana usia bukan kayu ukur kematangan seseorang dalam mengambil dan menjalankan tanggungjawab. Mungkin perbuatan kahwin lari ialah satu stigma dalam masyarakat (dan pada saya tiada satu sebab yang kukuh secara realitinya akan mampu untuk justifikiasi tindakan ni) bila mana ia membelakangkan keluarga -- tapi dalam kes Nik dan Kina, bila tiada siapa (keluarga) yang pernah kisah akan kehidupan mereka yang kini, maka adalah untuk mereka sendiri yang mengambil tindakan menentukan kehidupan mereka untuk masa yang nanti. Kerana jelas pada Nik dan Kina, risiko dan masalah yang mereka telah bersedia untuk tanggung sendiri.
Aspek institusi kekeluargaan yang ditunjukkan dalam hubungan Nik dan Kina dengan keluarga masing-masing adalah satu keadaan yang menunjukkan bahkan air yang dicincang tidak akan putus itu andai dibiar beku akan dapat sahaja dihancur-kecaikan.
______
Pengalaman saya membaca buku-buku Nadia Khan, satu benda yang saya dapati ialah bagaimana mudahnya perasaan saya diganggu dengan kisah yang ditulis; dan Nikina turut memberikan rasa yang serupa -- dari awal sehingga ke akhirnya -- I had my emotion on rollercoster that's somehow only going up and never down.
Dengan Nikina; Nadia Khan buat saya tak senang duduk dengan my own speculations and questions; every twist and turn -- nothing that I could really have expected.
Watak-watak Nik dan Kina, (for me) show high emotional maturity and I love them frigging so much, how they dare to take action and responsibility on their lives. They aren't just lover but they are definitely soulmates; they are NIKINA.

GANTUNG: 2 by Nadia Khan
4.0
Seriously talking, I think I like Gantung 2 more than I like Gantung. Kisah yang katanya agak lambat bermula pada awal-awal bab pada saya adalah cara yang mampu buat saya selami hati Ray/Khalil so yes I know what had happened in Gantung really, really affected Ray in worst way. Can you ever imagine to create your own conversation with those who are dead -- dengan hanya memori-memori bersama mereka -- yang masih hidup dalam minda. It plays with my heart much more than Gantung does.
I love watching Criminal Minds, so most of the psychology terms are not hard to understand.
What I learned from Gantung2 is that thing that's happening, that should happen -- would happen regardless of whether one is ready or not.
There's this feeling -- the right of the wrong -- while reading Gantung 2, but the wrong of what feels right has its own reason and wisdom. The right of what Ray feels towards Gibbs is just - perhaps - human. Tho never in countless of times would I ever agree to such act. But people deserved to feel what they feel, and this world is merely a journey of a living trial towards eternity -- besides this is just a fiction (tho I am pretty sure it does happen in this damn real life.) *jauh aku merapuh haha*
And last things, I kinda know the answer to Ray's question, but not quiet sure of it and Danny -- is he Gibbs' or Ray's. Haha -_-''

KACAU by Ariff Adly
4.0
Cerita seram memang salah satu fav. saya.
Kacau ni pada saya cukup seram apatah lagi bila baca sorang2 kat dalam bilik. Imaginasi terlampau real mungkin.
Tapi sejujurnya saya berharap ada banyak pengajaran yang watak2 dalam cerita ni dapat. Tapi sayangnya hanya kematian yang memberikan pengajaran untuk mereka. How I wish mereka diberikan peluang, tapi mungkin memang ada orang yang akhir hidupnya akan tetap serupa begitu juga.
Dan sejujurnya, hidup kita bukan hanya akan menjadi kucar kacir dan menakutkan dengan gangguan makhluk halus seperti ini, tetapi yang lebih menyeramkan ialah nafsu kita sendiri, tak perlu tunggu dirasuk makhluk halus; nafsu sendiri sudah mampu 'mengganggu' hidup kita.

GANTUNG by Nadia Khan
4.0
Macam-macam menerja minda baca Gantung, kehidupan seksual yang bebas dalam watak-watak tu tetap akan menjadi kebencian hati, kerana inilah sekecil-kecil iman dalam diri.
Persilangan waktu yang berlaku sudah dapat ditebak minda tatkala watak Lina tidak pernah langsung bertembung dengan geng with musketeers' rule ni; kerana menjangkakan mereka ni jejaka-jejaka hot SMCGT, mungkin Lina sudah menjadi salah satu daripada santapan mereka.
Apa yang jadi pada Deepa -- sejujurnya pada pihak Deepa -- saya tetap menyalahkan perbuatan ahli-ahli musketeer ni, mereka mengambil kesempatan dalam 'kelemahan' perasaan Deepa pada Gibbs, perbuatan merogol maruah tu memberi kesan lebih dasyat; sehingga pada satu tahap saya rasa they deserve it what had happened to them. Tetapi pada pihak Gibbs, Ray, KJ & Troll -- mungkin; mungkin pada satu tahap what's happened, happened -- mengambil kira yang apa yang mereka buat pada Deepa tak langsung disebar-khabarkan kepada orang lain.
Sejujurnya, saya rasa tiada kisah yang menjadi lebih utama; tiada watak yang lebih hidup berbanding yang lain. Pada saya masing -masing watak di dalam cerita gantung ni, mempunyai kisah tergantung yang kalau mungkin kisah mereka lebih panjang kita akan dapat lebih relate emotionally dengan mereka. Dan sejujurnya saya lebih suka andai Gibss & KJ hanya hidup dalam memori Ray -- for life must go on.
Adakah saya akan kendengaran mental and sadistic, kalau saya cakap andainya scene pembunuhan tu diceritakan lebih detail, ditambahkan scene sewaktu dalam ambulans; bagaiaman Fara pakai semula 'tangkal' tu. Dan saya membayangkan (menambah) sendiri scene Ray menangis dan bukan sekadar bergenang air mata, sewaktu duduk bersama dengan Gibbs dan KJ dalam auditorium selepas pementasan. Sebab ada rasa nak menangis tapi rasa tu tinggal di hujung hati; ada rasa mencengkam tapi tak rasa hendak mengalirkan air mata.
Ps. Jadi lebih relate dengan watak bila sedar semua tu terjadi on 2011 when they were seventeen -- huwaaa kami sebaya.

Arkitek Jalanan by Teme Abdullah
5.0
Of everything that had been said about any narcissism - seriously talking along my reading I was really trying to find any of that root, but I found nada.
am I suggesting this book to anyone to read, definitely yes.
after all people view things differently. one thing I want to suggest is, when you're looking for something, try to see things in every good angle. you'll find one.