Scan barcode
A review by iris_ymra
PSIKIK by Husna Rosli
5.0
Setiap tindakan -- baik atau buruk -- adalah bertunjangkan kepada satu sebab. Dan apabila yang bertindak itu ialah mereka yang berkuasa dan berkelebihan, impak yang sangat besar akan dapat dilihat terhadap tindakan yang mereka ambil sebagaimana apa yang telah dilakukan oleh Presiden Karina terhadap pemerintahan Kaizer.
Tindakan yang dilakukan oleh Karina adalah berasaskan pada dendam dalam dirinya semata -- sesuatu yang hanya peribadi -- tetapi dengan pengaruh serta kuasa yang dia miliki, Presiden Karina mampu mencucuh sekecil-kecil persamaan bara dendam dan benci yang dia dan orang ramai miliki (wanita terutamanya) untuk mencipta sebuah api yang marak besar, mencipta kebencian kepada kaum lelaki.
Ada perkara yang sentiasa memerlukan sebuah kehilangan untuk mengesahkan sebuah kewujudan -- kehilangan (kematian) Ilham untuk menunjukkaan kepincangan dalam wujud sistem pemerintahan Kaizer, yang akhirnya membuka mata Elina dan membawa kepada menggulingkan pemerintahan Presiden Karina.
______
Psikik ialah sebuah buku yang pada saya sangat menarik dan tidak klise. Penulisannya tersusun dan kemas. Dan sebagai pembaca, buku ini sentiasa menjawab persoalan dan kritikan yang ingin wujud dalam minda sebagai contoh:-
1. Ketika saya merasakan yang Elina sudah terlalu lama mengikuti latihan dengan Kumpulan Pertahanan dan tidak bertemu dengan Fara, membelek sahaja pada muka-muka surat seterusnya terus muncul babak Fara bertemu Elina di dalam bilik Elina. (Bab 24-25)
2. Sama juga pada babak ketika Elina ditawan oleh Presiden Karina yang dipaksa untuk menyaksikan bagaimana Kumpulan Pertahanan dibunuh dengan kejam, saya sudah ingin mengkritik penulis kerana tidak menunjukkan bagaimana perasaan Elina (yang pada saya sepatutnya berasa amat terganggu secara mental menyaksikan semua itu), tetapi kritikan saya terus terjawab pada muka surat seterusnya. (Bab 29)
Dalam sesebuah cerita saya memang cenderung mencari babak sedih, kesakitan dan kehilangan.
Kematian Ilham buat saya nangis.
Kematian Syafiq -- sebetulnya pada babak Elina hampir ditembak ketika berada di dalam bilik Presiden Karina saya memang sudah menjangkakan Syafiq ialah individu yang melindungi Elina dan sebaliknya menerima peluru yang hampir menembak Elina. Dan sejujurnya I was already crying, dalam kepala otak I was like no, no, not another lost for Elina. Tapi malangnya penulis simpan untuk twist di akhir bab, dan kenapa saya cakap malang sebab seriously I was already really, really hurt masa babak individu yang lindungi Elina tu mati (and it'll sound kejam kalau saya cakap yes I was expecting Syafiq to be dead, because that's the pain I crave XD).
Satu yang pasti penulis memang berjaya buat saya main dengan emosi -- sedih, sakit hati, jengkel -- sepanjang pembacaan.
And for every twist made, thank you writer. Saya faham why Elina simpan Syafiq dalam minda macam tu, it's probably to protect her from her own pain. Kesakitan pada sebuah lagi kehilangan.