A review by iris_ymra
GANTUNG by Nadia Khan

4.0

Macam-macam menerja minda baca Gantung, kehidupan seksual yang bebas dalam watak-watak tu tetap akan menjadi kebencian hati, kerana inilah sekecil-kecil iman dalam diri.

Persilangan waktu yang berlaku sudah dapat ditebak minda tatkala watak Lina tidak pernah langsung bertembung dengan geng with musketeers' rule ni; kerana menjangkakan mereka ni jejaka-jejaka hot SMCGT, mungkin Lina sudah menjadi salah satu daripada santapan mereka.

Apa yang jadi pada Deepa -- sejujurnya pada pihak Deepa -- saya tetap menyalahkan perbuatan ahli-ahli musketeer ni, mereka mengambil kesempatan dalam 'kelemahan' perasaan Deepa pada Gibbs, perbuatan merogol maruah tu memberi kesan lebih dasyat; sehingga pada satu tahap saya rasa they deserve it what had happened to them. Tetapi pada pihak Gibbs, Ray, KJ & Troll -- mungkin; mungkin pada satu tahap what's happened, happened -- mengambil kira yang apa yang mereka buat pada Deepa tak langsung disebar-khabarkan kepada orang lain.

Sejujurnya, saya rasa tiada kisah yang menjadi lebih utama; tiada watak yang lebih hidup berbanding yang lain. Pada saya masing -masing watak di dalam cerita gantung ni, mempunyai kisah tergantung yang kalau mungkin kisah mereka lebih panjang kita akan dapat lebih relate emotionally dengan mereka. Dan sejujurnya saya lebih suka andai Gibss & KJ hanya hidup dalam memori Ray -- for life must go on.

Adakah saya akan kendengaran mental and sadistic, kalau saya cakap andainya scene pembunuhan tu diceritakan lebih detail, ditambahkan scene sewaktu dalam ambulans; bagaiaman Fara pakai semula 'tangkal' tu. Dan saya membayangkan (menambah) sendiri scene Ray menangis dan bukan sekadar bergenang air mata, sewaktu duduk bersama dengan Gibbs dan KJ dalam auditorium selepas pementasan. Sebab ada rasa nak menangis tapi rasa tu tinggal di hujung hati; ada rasa mencengkam tapi tak rasa hendak mengalirkan air mata.

Ps. Jadi lebih relate dengan watak bila sedar semua tu terjadi on 2011 when they were seventeen -- huwaaa kami sebaya.