iris_ymra's reviews
137 reviews

Cinta Sufi (Laksamana Sunan #4) by Ramlee Awang Murshid

Go to review page

5.0

Cinta sufi seperti sebuah pengembaraan; pengembaraan dalam menegakkan yang haq dan pengembaraan mencari yang benar.

Meski Laksamana Sunan masih menguasai kisah Cinta Sufi dengan kesabaran dalam beradab dan beribadah, tetapi cinta sufi pada saya ialah perjalanan utama buat Catalina untuk menemui Maryam, penulis bijak meletakkan perasaan ingin tahu sedari awal penceritaan.

Dan seperti di dalam kisah-kisah kehidupan Laksamana Sunan pasti sahaja ada sang hawa yang tertarik dan jatuh cinta dengannya, bak kata Luna kepada Indera dan Yedee - andai kedua-dua maklum polip itu juga ialah wanita pasti sahaja hati-hati mereka akan tertaut pada Saifudin (kita pun sama haha).

Dihujung cerita semakin lebih menarik, perjuangan Lasamana Sunan bersama-sama Hang Tuah dan yang lain-lainnya seolah-olah menyemarakkan juga semangat juang kita.

Tapi penutup kisah Cinta Sufi ini pada saya ialah permulaan untuk satu kisah yang baharu nanti. (Yang penting bawa kembali Sunan kita daripada tasik hulu melaka itu Laksamana Hang Tuah. XD)

Okay, sekian.
Bagaikan Puteri by Ramlee Awang Murshid

Go to review page

5.0

Baru ingin berjinak-jinak dengan karya RAM. Dan memilih untuk mula dgn siri-siri kisah Laksamana Sunan ini. Buku yang kalau boleh tak nak berhenti baca.

Cerita yang berpengetahuan, kisah yang rendah diri. Jalan cerita yang membawa teruja.

Bagaikan Puteri membawa kisah duka juga. Akhirnya bagai tak dapat diterima tetapi tetap menerima, kerana realiti memang begitulah. Mana mungkin hidup sentiasa berakhir indah.
Jangan Lupa Namaku by Hananee Amir

Go to review page

5.0

Cara plot cerita ni berjalan mungkin kadang-kadang buat pembaca bingung, dalam2 penulis becerita tentang kisah semasa watak-watak akan selalu terselit peristiwa yang dah berlalu, seolah-olah ketika watak-watak tu tengah mengelamun kita pun kita sama mengelamun cumanya bila dia dah balik ke masa kini tu kita pula masih tetap mengelamun, tiba-tiba kena selak balik ke muka surat yang lepas untuk tahu kita ada kat mana.

Tapi cara penceritaan yang sempoi macam lenggok pertuturan seharian tu buat kita rasa memang ada orang yang sedang bercerita dengan kita -- bercerita tentang Aiman, Amira, Fuad, Julia dan watak-watak lain.

Amira ni memang kategori lembik tahap tak dapat nak tolong, lagi-lagi bila ada watak-watak macam Aiman, Fuad & Julia yang tak akan pernah berkeras dengan Amira makin bertambah lembik lah dia. Tak hairan kalau Amira jadi sampai stress sebab fikir pasal cakap orang -- semua pasal cakap orang -- diri lembik dia takkan mampu terima walhal kita yang membaca ni rasa macam tak patut, sebab orang-orang yang bercakap pasal dia tu bukan penting pun dalam hidup dia, penting lagi Aiman, Julia, Fuad, Mak Long orang-orang yang memang kisah dengan dia tapi tak kisah walaupun mereka tak dikurniakan anak.

Jadi pada saya betul juga apa yang watak Johan tu cakap. Bagi kesedaran sikit dengan Amira. Tak perlu terlalu berlembut dengan dia hanya sebab kita tahu dia tak kuat.

Cerita ni fokus pada satu konflik je, dan semua orang jadi serabut sebab nak selesaikan konflik tu. Kadang masa baca jadi frustrated dengan perangai Aiman dan Amira. Benda boleh settle kenapa nak panjang-panjangkan tapi kalau settle terus memang tak ada lah cerita ni, dia akan terus berakhir macam tu je.
Healer by Budak Tomato

Go to review page

5.0

I love a story that could make me feel a strong attachment towards the character; a story that has an end; a story that teaches, that touches.

I love Subhi -- his characteristics. The confidence he shows or should I say, showed.

He's definitely the epitome of what's not to love.

As much as we wanted to do this world a favor, there's always someone or something we -- by choice or not -- have to leave behind, perhaps even our own selves.

_____

An interesting storyline, didn't drag too long on any certain scene or situation. The uses of terminology wouldn't really disturb a non-medical bg reader like me. Though actually it'd be great if the book comes with a footnote for the medical definition.

I know I should've read Healer as it is, but I can't help my mind to wonder back to Hiatus -- and creat my own edition to the end of Talhah's story, in Healer. And so much more theories that come from the previous books to this one.

I love how the writer came up with the conflicts, that will definitely make me developed a hateful feeling.

Damn I hate Ammar, but I really love how Subhi handled everything. He really didn't give damn much to most things. He's like free-spirited; and an intelligent one.
Wachaa The Adventure by Qistina Saharudin

Go to review page

5.0

Wachaa The Adventure is a travelogue book, about a 22-year-old girl's adventure to Kenya, as a volunteer there. She (the writer) shared her experience there for a whole one month. I don't know if I am a soft-hearted person because the book really is touching the deepest of my heart.

She told about how she felt attached to that place. And yes, so do I -- and worse by just reading the book. So I bet that she really wrote the book out from the bottom of her heart. To be able to deliver such emotions.

The things that I just wanna say is that I am glad that the writer was still stuck to her plan despite the no from her parents (they were just worried, I understand), that she decided to stay in the village alone (the only volunteer) for the rest of her volunteering days, that she decided to eat the mwatu from the boy, that she decided to not go to the Safari, that she decided to follow her heart.

I learned one thing though - that following your heart is like gambling on your own stake - if it ended up with failure it's you alone to be blamed and you have to embrace yourself with the 'if just-s'. But one thing is worth more actually, if following you heart brings success, the satisfaction is only ones who did follow their heart knows. And the writer knows.

And, I am just glad that she decided to share her experiences in Wachaa The Adventure for all of the readers outside there to read. Reading this book, definitely brings you along to go through the whole experiences the writer experienced. It makes you feel like you yourself are there with the writer, as well, experiencing the same experience.
Split by Nurul Ain Syuhada

Go to review page

3.0

Awal pembacaan saya merasakan jalan cerita ini unik -- tentang watak yang memiliki Split Personality diketengahkan -- sungguh adalah jalan cerita yang berbeza daripada kebanyakan novel melayu yang pernah saya baca.

Kisah cinta berlaku di antara watak, Maryam dan Mikael dan Hafez; membongkar kisah kehidupan mereka masing-masing dengan lebih dalam.

Satu hal yang seperti tidak memuaskan hati saya ialah watak Aryan yang seperti terlalu mengambil tempat dan memberikan impak dalam hidup Maryam tetapi pada akhirnya tidak meninggalkan sebarang kesan dalam jalan cerita; watak Aryan seperti terlalu penting dalam pergerakkan jalan cerita namun hanya berakhir dengan watak itu muncul semula dan Maryam tidak lagi terkesan dengam wujud ataupun mati lelaki itu.

Split Personality (DID) adalah suatu keadaan kesihatan mental yang sangat perlu diambil peduli, dan saya rasakan penulis tidak begitu berjaya untuk menangkap isu itu dalam memberikan satu pengajaran yang dapat diambil oleh pembaca.
Ked's Story by Hlovate

Go to review page

5.0

Buku kedua Hlovate yang saya baca, pendek saja kisahnya. Pendek; tapi mudah untuk jatuh cinta pada wataknya. Pendek tapi tak susah untuk terus hidup dalam jalan cerita yang ringkas. Mungkin yang baiknya kisah singkat ini tidak membenar bosan datang menyinggah - atau pun kerana kisah ini sendiri yang tidak membiar bosan datang bertandang.

Istilah-istilah skate yang digunakan penulis tak menyusahkan kita untuk faham cerita, imagine je lah macam mana trick, trick skateboard tu dibuat. Bahasa santai yang digunakan tapi tidak mejatuh cemar daulat Melayunya. Serasa bagai sedang dituturbicarakan tetapi dikisahkan dalam bentuk tulisan untuk dibaca.

Jatuh cinta lagi.

Hlovate -- siapa dia sebenarnya.
my new pair of eyes by O. Mukhtar O. Mukhlis

Go to review page

4.0

My New Pair Of Eyes is a light-reading book; conveying the journey of little Omar Mukhtar endeavoured into an adventure of visiting Malaysia and his whole big family members. Discovering so many new things about Malaysia -- from the culture, the food, the weather and his lots-of-mix family.

This book kinda reminding me of the kind of book that I would have loved to read when I was still in elementary; the typical tale of adventure of a little boy, that the little me would want to experience too.

The additional photos on the last pages giving us the reader a whole more clear vision of Omar adventure. It's so inspiring to know such a young boy who can write and so passionate about writing.
Success Is Never Ending, Failure Is Never Final: How to Achieve Lasting Success Even in the Most Difficult Times by Robert Schuller

Go to review page

5.0

This books thought you to view success and failure into much different level, the title literally said itself. Schuller had showed how to achieve possibility thinking, and how having this trait going to really change someone's ways of viewing and living life. The book had also featured the successful stories of those who had praticed possibility thingking while facing the ups and downs in their life. This book is definitely one motivational book that really makes me learned how to shift my view, to really understand what and where I should really have my eyes on, when life is not going well.

And as a pastor himself Schuller indeed always thought the readers to live the life with faith. And me as a Muslim myself, couldn't agree more that my life should always, always be dependent on Allah s.w.t alone in every road -- smooth or tough -- because of divine power of God that will change the impossibilities to Possibilities.
Cinta Potato Spring by Fatimah Syarha Mohd Noordin, Farhan Hadi Mohd Taib

Go to review page

5.0

Berkisarkan perjalanan hidup Ameen menempu kehidupan sebagai seorang pelajar melalui cabaran menuju sebuah kejayaan, hatinya namun mula tertaut pada Harteena rakan sekuliah yang membuatkan dia nekad mengakui rasa pada gadis itu melalui pesanan ringkas tanpa Ameen sangka yang dia tidak pula bertepuk sebelah tangan. Merasakan dia telah melanggar prinsip hidup yang dipegang selama ini Ameen mendapatkan pandangan dan bantuan daripada Dr. Mistari -- dan tiada yang lebih baik untuk dua insan yang saling menyimpan rasa pada diri masing-masing melainkan dengan berkahwin. Ameen mula membuat persiapan dari segi kemampuan diri saat semua seperti berjalan dengan baik, dia mendapat tahu akan perasaan yang diluah Harteena padanya hanya mainan yang direncana bersama kekasih gadis itu -- rakan baik Ameen sendiri -- Harris.

Harris pula meski merupakan pelajar yang sama seperti Ameen, namun prinsip dan pembawaan diri dalam kehidupan mereka terlalu berbeza. Entah dimana silapnya kehidupan -- sebagai seorang pelajar -- Harris tidak sebaik Ameen dek kerana sikap dan pilihan yang dibuat sendiri.

Namun persahabatan Ameen dan Harris tidak berakhir mudah. Bahkan semakin lebih kuat apakala Ameen dengan kerendahan hati menerima Harris dan Harris setelah belajar mematikan ego mampu merendahkan diri mengharap pertolongan daripada sahabatnya itu.
_____

Perjalanan kisah Cinta Potato Spring ini memperlihatkan perbezaan dua keadaan apabila dua pilihan yang berbeza -- baik dan buruk -- dibuat. Menerapkan pengajaran dan tanggungjawab yang perlu dibuat sebagai seorang pelajar, anak dan paling utama seorang muslim. Kita difokuskan kepada cara dalam membuat pilihan untuk kehidupan agar pilihan yang dibuat itu sentiasa dipandu dengan cara yang betul dan pada jalan yang betul.

Dan pada akhirnya, pertemuan yang salah, pilihan yang silap dan langkah yang tidak tepat hanyalah satu medium untuk seseorang sentiasa mengambil ibrah untuk membuka langkah dan membuat pilihan yang lebih tepat di kemudian hari.