Scan barcode
A review by iris_ymra
Ked's Story by Hlovate
5.0
Buku kedua Hlovate yang saya baca, pendek saja kisahnya. Pendek; tapi mudah untuk jatuh cinta pada wataknya. Pendek tapi tak susah untuk terus hidup dalam jalan cerita yang ringkas. Mungkin yang baiknya kisah singkat ini tidak membenar bosan datang menyinggah - atau pun kerana kisah ini sendiri yang tidak membiar bosan datang bertandang.
Istilah-istilah skate yang digunakan penulis tak menyusahkan kita untuk faham cerita, imagine je lah macam mana trick, trick skateboard tu dibuat. Bahasa santai yang digunakan tapi tidak mejatuh cemar daulat Melayunya. Serasa bagai sedang dituturbicarakan tetapi dikisahkan dalam bentuk tulisan untuk dibaca.
Jatuh cinta lagi.
Hlovate -- siapa dia sebenarnya.