A review by iris_ymra
The Kayangan Hazel by Elvroseth

1.0

Semuanya bermula ketika Amaya hanyalah seorang gadis berusia 15 tahun, menemui Leo -- a.k.a King -- di Kolej Alam Cahaya, jatuh cinta yang tidak bertepuk sebelah tangan. Namun ada yang menghalang pada Leo, ada kisah lampau yang mencipta dendam walau dalam hati rasa cinta itu hampir mampu mengatasi rasa benci.

Suatu perbuatan Leo akhirnya seolah merampas segalanya dalam kehidupan Amaya.

Sehingga 10 tahun waktu berlalu ketika takdir tertulis menemukan mereka semula. Dan kisah mereka berputar dan berubah. Setiap saat membuka suatu kisah yang tidak tersebutkan pada suatu detik dulu. Yang -- mungkin -- akhirnya menjawab soalan kenapa, mengapa, siapa dan bagaimana.

______

Buku ini menyajikan pembaca dengan romance -- dari jalan ceritanya kepada watak-wataknya. Selitan pesan keagamaan juga mengisi jalan cerita. Mungkin bagi sesiapa yang mencari buku yang menyajikan keinginan membaca kisah-kisah romantik maka jawapannya ialah buku The Kayangan Hazel.

______

Pada pandangan saya untuk awal separuh daripada cerita ini, POV pertama yang digunakan buat saya rasa watak ini terlalu hidup seolah-olah dia adalah matahari dan alam ini berputar mengelilinginya. Saya rasa lebih menarik cerita ini jika ditulis sepenuhnya dengan menggunakan POV ketiga. Pengunaan POV pertama seharusnya akan menciptakan keterbatasan, tetapi dalam penulisan cerita ini watak utama seolah-olah turut dapat membaca dan mengetahui perasaan orang sekitar; yang sepatutnya mustahil -- maksudnya dari segi penulisan seharusnya penulis mengatakan naratif pov pertama watak yang 'merasakan' dan bukan 'menggambarkan'.

____

Saya menemukan the dark side novel ini, disebalik keindahkan rasa  romantik yang diciptakan penulis dalam setiap babak di antara hero dan heroin.

Pertama, King is a sadist jika dilihat dari sudut psikologi lelaki ini, keinginan melihat Amaya terseksa kerana dendam yang dia simpan tanpa mengetahui suatu kisah yang sebenar -- walaupun ketika di akhir cerita he has truely bertaubat. Tapi melihat kepada kejadian in between, suatu budaya ini di mana good looking guy can 'get away' with what they did -- get away daripada dipersalahkan oleh pembaca, kerana pembaca juga seolah-olah terpukau dek keindahan fizikal watak ini -- should stop, barangkali kisah ini too 'fantastical' menjadikan seperti semua terlihat tidak musathil.

Kedua, dan walaupun it's mutual di pihak Amaya untuk menerima kembali Leo despite kejadian 10 tahun yang lalu -- Amaya sendiri pada saya seem to suffer from stockholm syndrom dimana mangsa mencipta rasa attachment kepada pemangsa -- walaupun stockholm syndrom sinonim dengan mangsa yang held captive -- tetapi ini lah yang saya rasa terjadi pada Amaya, being held captive oleh perasaan attach pada Leo sejak dari Kolej Alam Cahaya, dan semua itu mungkin terlihat kabur kerana watak seorang isteri yang punya tanggungjawab ketaatan dalam agama di mana isteri perlu patuh pada suami selama mana tidak melanggar hukum syarak. And because of her love towards King that I believe is the major reason why she accepted King as her husband.

Again as I say, maybe this story is too 'fastastical' that it seem possible to happen, though whether this is a good thing or a bad thing, I don't know, it's up to the readers to perceive. Yet, at the same time looking through my own eyes I found this slightly mental. Perhaps if you want to drift into a 'fantasy' this is what you need.

_______


Di dalam buku ini juga ada menyatakan bagaimana rantaian dendam di antara watak-watak cerita tidak akan berhenti sekiranya tidak ada di antara watak tu yang mengalah dan cuba untuk memaafkan; tetapi pada saya sebenarnya rantaian ini akan hanya berterusan bila pemangsa rogol tidak diambil tindakan undang-undang yang adil, sebagaimana yang berlaku pada Cassandra dan Amaya -- kedua-dua watak tu tidak mendapat keadilan kerana perasaan malu menjadi mangsa rogol, yang mana pada saya secara tidak langsung mereka sebenarnya telah pun 'victim blaming' diri sendiri terlebih dahulu, dan ini ialah sesuatu yang masyarakat kini perlu ambil tahu. Sokongan kepada mangsa-mangsa ini adalah perlu -- dan pada saya berkahwin dengan pemangsa bukan salah satu daripada caranya. Rantaian yang 'dibuat' mungkin juga untuk 'justify' watak Leo supaya -- indirectly -- pembaca mampu menerima watak itu, sebagaimana Amaya mampu menerima semula Leo pada akhirnya.

Mungkin memberi maaf itu memerlukan suatu kekuatan yang mungkin saya tidak temukan dalam diri saya, berbanding Amaya.