Scan barcode
A review by iris_ymra
Komik Gaza #2: Duka Palestin Saat Jatuhnya Empayar Islam by IF Moses
4.0
Satu pendekatan yang sangat menarik dengan menggunakan medium bacaan komik sebagai penceritaan berkaitan sejarah dan sirah. Untuk seseorang yang seperti saya (ashamed to admit it) yang tidak begitu 'mudah' untuk menyimpan kisah-kisah berkaitan sejarah dalam kepala otak, pembacaan dengan ilustrasi seperti Komik Gaza ni sangat membantu untuk faham dan ingat.
Komik Gaza menggunakan nama-nama wilayah di Palestine sebagai watak-watak di dalam kisahnya -- penulis mengambil inspirasi daripada karya Hidekaz Hikayura sebuah webcomic bertajuk Hetalia -- watak-watak ini dihidupkan dalam zaman pemerintahan Islam dan menjadi salah satu pembawa cerita dalam perjalanan kisah Komik Gaza.
Komik Gaza 2, membawa kisah ketika kejatuhan pemerintahan Sultan Abdul Hamid II selepas digulingkan daripada tampuk pemerintahan baginda, yang telah membawa kepada kedukaan Palestine setelah jatuhnya pemerintah yang selama ini menjaga kedaulatan Palestine.