Scan barcode
A review by iris_ymra
Infiniti by Farrah Izzlorna
4.0
Kembara merentas masa, yang membawa Andrian kepada suatu penemuan untuk merungkai suatu ketentuan. Kerana ada sesuatu yang akan sentiasa berada di luar batas ilmu dan pengetahuan manusia -- yakni tentang kebenaran hidup Andrian sendiri, mungkin bertemu dan mengasihi Suri adalah satu perkara yang memang sudah tertulis untuknya, dek asbab itulah Andrian dapat kembali kepada sebuah kebenaran, kepada keluarga dan darah daging sebenarnya. Dan pada Andrian cinta untuk Suri, akan terus infiniti.
______
Infiniti ditulis dengan satu plot yang menarik dan tersusun, yang fokus kepada perjalanan hidup watak Andrian dan konflik yang dihadapi Andrian. Tapi beberapa persoalan lain pada saya wujud dan masih tidak terjawab dalam cerita ini. Seperti apa yang jadi bila Andrian sedar dia bukan anak kandung Puan Rohani dan Encik Amzar, dan disebabkan buku ini ada correlation dengan Rooftop kita juga tahu akan watak-watak lain seperti Sarah -- jadi siapa pula Sarah pada Andrian -- bagaimana keadaan hubungan Andrian dengan ibu saudaranya itu. Dan ilmu Puan Hafsyah pula; siapa yang mewarisi ilmu itu.
Bagi keseluruhan cerita pada saya penulis telah berjaya menghasilkan sebuah karya yang jauh daripada clichè, walaupun kurang sedikit bermain dengan perasaan saya sebagai pembaca tetapi cerita ini tetap terhasil menarik dan membuatkan pembacaan saya sentiasa berterusan dek perasaan ingin tahu.