Scan barcode
A review by iris_ymra
Koloni M by Auni Zainal
5.0
Penulisan Auni Zainal, sememangnya membawa buku-buku fiksyen melayu ke satu aras yang sangat berbeza.
Koloni (M), memaparkan kisah sains fiksyen yang tidak terlalu berat untuk imaginasi minda, tetapi cukup menarik untuk dibayangkan sebagai sebuah kisah. Pembacaan kita terasa mudah mengikut arus cerita tanpa perlu terlalu dalam berfikir. Namun dalam masa yang sama tidak langsung mengundang rasa bosan.
_____
Penggunana POV pertama tidak membolehkan kita untuk begitu mendalami perasaan watak-watak lain (melainkan pemilik POV itu mempunyai keintiman perasaan dengan watak lain), kerana sejujurnya pada saya -- saya sangat suka untuk ada perasaan attached kepada sebuah watak dalam cerita, attachment itulah yang menjadikan sebuah buku menjadi kegemaraan saya, selain daripada jalan cerita itu sendiri.
Saya sendiri tidak banyak pengetahuan dalam psikologi, tapi bila watak Ansar digambarkan sebagai Empath -- pada saya dia tidak hanya akan mampu untuk mengenal pasti personaliti orang lain (mungkin di dalam buku ini hanya itu yang diberikan fokus utama), tetapi juga (seharusnya) sangat mampu untuk merasakan sama perasaan orang (ya, perkara itu ada dijelaskan. Tetapi tidak digambarkan dengan Ansar kelihatan benar-benar merasakannya). Beratnya menanggung perasaan yang tidak kita sendiri alami -- tetapi -- pada detik yang sama masalah dunia bahkan terus menjadi masalah kita.
Dan betul, Empath bukan hanya sekadar 'psikik' -- Empath sukar untuk menentukan siapa diri mereka sendiri kerana mirroring sensory yang buat Empath mudah untuk mengadaptasi diri mereka bersama orang ramai; berasa sakit yang serupa, gembira yang sama.
Dan semua itu memenatkan untuk seorang Empath -- yang pada saya agak kurang ditonjolkan dalam perwatakan Ansar. Mungkin kerana Koloni (M) memfokuskan lebih kepada jalan cerita dan bukan detail kepada jalan cerita tersebut.
_____
Koloni (M) saya jadikan pilihan pertama untuk dibaca kerana andai saya hidup pada zaman TMCC, saya akan berada di dalam golongan Koloni (M).
-----
Empath; sometimes, we called it a gift. Sometimes, a curse.