A review by iris_ymra
Mesej by Anna Lee

5.0

Dear Aria, terima kasih sebab minta Anna Lee tulis cerita ni, untuk pembaca-pembaca yang tidak prejudice seperti aku.

Terima kasih kerana sudi wujudkan kisah ini dalam bentuk penulisan, untuk aku baca.

Pertemuan Jason dengan Aria -- Aria dengan Nik. Masa, jarak; tidak membataskan untuk satu kisah bermula -- kisah cinta fantasi. Fantasi yang sentiasa buatkan aku tertanya-tanya, yang buat aku belek helaian demi helaian muka surat tanpa satu pun aku skip. Sepanjang pembacaan aku penuh dengan teori menjawab persoalan yang diwujudkan. Menyuaipadankan peristiwa ini dengan garis masa itu, sehingga kepada pertemuan yang sama Aria dan Jason dan Nik -- dan aku yang membaca -- tunggu. Walaupun hampir kesemua teka-teki aku jawab dengan betul, still, flow kisah ni tidak langsung buat aku bosan.

Sebab sehingga ke akhirnya walaupun aku sudah punya jawapan tapi penulis mampu buat aku tak yakin dengan jawapan aku; shaky. Because though I love Nik, I still want Jason too. Macam-macam perasaan yang aku rasa. Dan terima kasih untuk semua rasa yang bermacam ni.

Ps. I am so not ready to move on from this story.