Scan barcode
A review by iris_ymra
Khayalan by Hasif Rayyan
3.0
Hasif seolah-olah menciptakan suatu keadaan -- yang buruk -- untuk menguatkan tindakannya atau perasaan takut dirinya. Kerana mungkin untuk seseorang saja-saja berasa takut sangatlah tidak masuk akal, kerana (seperti) setiap perkara perlukan punca untuk ia wujud.
Hubungan Hasif dengan mama pada saya hanyalah kesalahan mereka dalam berkomunikasi. (Mungkin) Perbezaan bahasa cinta antara mama dan Hasif telah lebih memburukan keadaan di antara kedua-dua watak itu. Sedangkan Hasif boleh sahaja terus bertanya dengan mama, untuk faham akan tindakan mama dan mama boleh saja menjelaskan tindakannya tanpa perlu berharap Hasif terus faham kenapa mama melakukan apa yang dia lakukan -- bersangka-sangka dan berkeras dalam sesuatu hal tidak akan langsung membawa kepada apa-apa yang baik.
______
Sebenarnya saya tertanya-tanya punca sebenar yang menanam perasaan takut dalam diri Hasif, mungkin ada yang saya terlepas pandang dalam pembacaan saya. Gangguan mental sahaja seperti tidak begitu menjelaskan banyak kepada saya.
Pada awal pembacaan saya sedikit susah untuk stay on track jalan cerita, terutamanya dengan perbezaan timeline yang agak berulang kali (throwback).
Selama ni saya rasa saya adalah seorang pembaca yang baik dalam mengintepretasikan penerangan dalam penulisan ke visual dalam minda -- tapi untuk Khayalan I found it quiet hard (So I guess I am wrong then XD). Jadi jalan cerita tidak begitu melekat dalam minda, setiap kali saya berhenti membaca Khayalan dan kembali membaca semula saya lupa apa peristiwa yang jadi sebelumnya.
Saya kurang bermain dengan banyak emosi. Cuma sedikit terpengaruh juga dengan rasa marah Hasif pada mama. Dan untuk hubungan Hasif dengan Rakzhan pula -- tidak begitu meninggalkan impak perasaan yang kuat pada saya; hanya pada bab-bab terakhir, I was quiet sad but not as sad.
Saya suka (love) gaya penulisan Khayalan, tak rasa janggal bila dibaca dan tidak juga terlalu santai sehingga hilang nilai bahasa Melayu itu.