Scan barcode
A review by iris_ymra
Jika Aku by Anna Lee
4.0
Jika Aku; bermula dengan pertemuan Teja dan Maliq yang berkembang kepada terciptanya sebuah perasaan antara mereka, semuanya kelihatan normal hanya pada pandangan Teja, pada penceritaan Teja -- sehinggalah segalanya semakin membawa kepada ketidaknormalan -- well, a mind reader itself bukanlah normal untuk dimulakan -- terlalu banyak yang berlaku selepas itu, yang membongkar terlalu banyak lipatan-lipatan plot seterusnya.
Bahagian kedua buku ini seperti memulakan satu jalan cerita lagi -- dan keterbatasan 1st POV telah membataskan juga pengetahuan pembaca untuk menjawab apa dan kenapa. Twist after twist berlaku, yang akhirnya menjawab segalanya. Di bahagian terkahir pada saya, seperti semua jawapan terus dihamburkan dengan serta-merta di situ bila penulis sudah menggunakan naratif menceritakan sendiri apa yang 'sudah' terjadi.
______
Pandangan saya, mungkin kalau buku ini dibiarkan lebih panjang maka tidaklah nampak seperti penamatnya yang sangat disegerakan di bahagian akhir itu yang seolah terlalu tergesa-gesa.
Mengetahui tentang pertemuan Teja dan Maliq sewaktu mereka masih kanak-kanak itu mungkin mampu dijadikan lebih mind blowing -- bila mereka berdua dapat tahu tentang perkara itu sudahnya -- jika lebih diperincikan dengan perasaan atau gambaran suasana ketika itu.
Dan ada bahagian di mana timeline tu bercanggah, seperti selepas 6 bulan kemudian Teja sudah keluar dari rawatan dan berbual dengan Puan Lola tentang Johan -- Puan Lola kata Teja ada bertemu Johan dua, tiga bulan lepas tapi naratif Teja pula mengatakan dua tiga bulan lepas dia masih stalk Maliq -- sedangkan perbualan Teja dan Puan Lola ini sudah pun 6 bulan yang selepasnya. So....
Keseluruhannya, cerita ini unik pada saya. Dan saya tahu mungkin susah untuk mencipta plot dan konflik yang sebegini, hanya saja (pada saya) mungkin cerita perlu dipanjangkan lagi, sebab semacam ada yang unsettled (pada saya lah haha) -- walaupun mungkin cerita ni akan jadi lebih complicated than it already is tetapi I'd prefer it that way. *wink* *wink*