A review by iris_ymra
Cinta Itu Gila by Anna Lee

5.0

Cinta Itu Gila; entahlah cinta itu gila atau kita yang menjadi gila dek cinta. Hubungan cinta Yusof dan Nisa memang buat pembaca seperti saya menjadi gila dengan air mata.

Perkahwinan yang dibina selama sembilan tahun akhirnya runtuh kerana Nisa dan Yusof punyai impian yang berbeza untuk perkahwinan mereka -- yang pada hakikatnya adalah disebabkan oleh punca yang sebaliknya sama sekali.

Jalan cerita yang berlaku mengambil garis masa terkini, saat seluruh dunia sedang berhadapan dengan krisis pandemik covid-19, dan kita melihat bagaimana kedua-dua watak ini untuk hidup bersama dalam tempoh PKP negara. Perkara menyebalkan, perkara manis, perkara lucu, perkara romantis, perkara sedih; bergaduh seterusnya berbaik semula -- semua ini kita lalui bersama mereka.

Cerita cinta memang sesuatu yang klisé -- tapi kalau cinta itu adalah di antara mereka yang 'gila', sudah tentu perjalanan ini ialah seperti sebuah perjalanan menaiki roller coaster, kerana, 'Mereka yang mencintai sanggup melakukan apa saja demi untuk orang yang dicintainya. Anda sanggup?'