Scan barcode
A review by iris_ymra
Anthem by Hlovate
5.0
Dash seorang gadis yang hidup dalam persekitaran budaya ketiga, dihantar pulang ke Malaysia oleh ibu dan ayahnya dengan harapan gadis itu kembali kepada Melayu setelah insiden yang berlaku di tanah Delhi; jati diri yang berteraskan budaya dan bangsa, yang namun acap kali terlupakan betapa bangsa Melayu itu setiap kali disebut tidak seharusnya tanpa agama Islam yang menjadi nadi dalam kehidupan. Namun, Melayu itu budaya tetapi Islam merentasi segala itu -- merentasi bangsa, adat resam, ruang benua, sempadan dan waktu.
Dash bukan sahaja setelah menjejak kaki ke tanah Malaysia mengenal budaya asal usul darahnya tetapi juga menjadi ingin kembali kepada fitrah terlahirnya dia sebagai seorang Muslim, dan membesar sebagai seorang Muslim -- yang hanya pada dasar nama. Malah turut membawa kepada perkenalan dengan Badlee -- Hitler Lee -- yang sedikit sebanyak turut bawa impak dalam dirinya.
Beberapa tahun belalu setelah itu membawa mereka menjadi lebih rapat ketika menuntut ilmu di Aberdeen -- namun siapa yang sangka orang yang Dash sudah letak hati dan harap malah menjadi orang yang menempelak dirinya yang kini dek hanya kerana dia pernah menjadi dirinya yang dulu -- kerana dirinya yang kini hanya ingin lebih dekat kepada pengabdian, kembali kepada fitrah.
Tetapi waktu juga usai menjawab semuanya, menyelesai masalah -- dan ketika di hari sudah Badlee dan Dash barangkali sudah jumpa satu titik yang mengimbangi kedua-duanya. Dan Dash dengan apa yang ada di laluan hidupnya.
________
Hlovate, membawakan cukup rencah kesenian dalam kisah Anthem. Seni muzik daripada klasik ke era moden -- okestra dan band banyak mengisi ruang naratif kisah. Seni budaya dan sejarah menjadi pengerak jalan cetrita. Meraihkan banyak perbezaan dalam satu fahaman toleransi. Hubungan kekeluargaan, persahabatan, ketuhanan; di hampar mengisi saji buat minda pembaca. Tetapi dengan hanya satu matlamat utama, mencipta Anthem buat sang watak utama dan kita semua pembaca.
Gaya bahasa dan penulisan yang santai tapi dalam waktu serupa penuh terisi dengan ilmiah. Saya belajar banyak benda baharu -- belajar memahami -- kerana pernah melalui hidup seumpama Dash, mungkin juga kita semua sama meski dalam suasana yang berbeza tetapi konteksnya tetap serupa.