A review by iris_ymra
Hatiku Di Harajuku by Ramlee Awang Murshid

4.0

Risham seorang rakyat Malaysia yang memilih menjadi seorang samurai dan yakuza apabila hatinya tertaut pada Noriko juga merupakan seorang samurai dan yakuza, ketika berhijrah ke Jepun dek kerana merasakan kehidupannya adalah sebuah kehiduapan yang tanpa berkah. Bergelumang di dalam dunia yakuza yang penuh dengan bahaya dan pembunuhan tidak diendahkan oleh Risham yang menggunakan gelaran Ryu-Watanabe sewaktu berada di negara matahari terbit itu. Dia kemudian membawa duka hatinya kembali semula ke tanah air setelah Norika memilih untuk berkahwin dengan Yoshitaka kerana perbezaan fahaman dan kepercayaan mereka, namun siapa yang menyangka konflik kehidupan akhirnya membawa semula Risham ke Jepun yang akhirnya turut membawa bersama konflik itu ke Malaysia setelah dia kembali semula ke tanah air sendiri ini. Pergolakkan cinta juga turut berlaku berlaku -- Sabrina dan Noriko -- menyimpan rasa buat Risham. Setiap mereka mengharapkan peluang, meski realitinya tidak semua akan memiliki peluang yang sama.

______

Hatiku Di Harajuku, membawa kita bersama-sama seperti turut berada di tanah matahari terbit. Jalan penceritaan sekali-kali menyelitkan fakta-fakta sejarah yang pada saya tidaklah menjadi satu masalah. Plot berjalan dan berkembang dengan cukup kemas dan mudah untuk difahami. Beberapa unsur saspen turut dapat saya tangkap tapi tidaklah spoiled unsur itu sama sekali. Konflik yang panjang tetapi tidak sama menjadikan cerita tidak terasa meleret. Dan perkembangan watak sentiasa mengikut kepentingan watak itu sendiri di dalam novel ini, tidak menjadikan ada watak yang hanya terasa sia-sia untuk berada di dalam jalan cerita.