Reviews

The First World War - An Illustrated History by A.J.P. Taylor

hilmi_isa2023's review against another edition

Go to review page

informative fast-paced

1.0

Sebagai 'Disclaimer',saya secara peribadi tidak mempunyai masalah dengan isi penyampaian buku ini. Secara amnya,saya berpandangan buku hasil tulisan mendiang A.J.P. Taylor ini merupakan sebuah buku 'Introductory' yang baik untuk mereka yang ingin mengkaji Perang Dunia Pertama buat kali pertama.

Namun demikian,saya mempunyai isu mengenai mutu atau kualiti terjemahan buku ini yang dilakukan oleh IBDE. Bukan sahaja terdapat beberapa terjemahan perkataan yang salah atau silap maksudnya. Malahan,akibat terlalu mengikut lenggok Bahasa Inggeris, terjemahan di dalam Bahasa Melayu menjadi pelik dan sukar untuk saya fahami. Sebagai contoh,terjemahan perkataan 'states' sepatutnya diterjemahkan sebagai 'negara-negara' dan bukannya 'negeri-negeri',jika kita lihat di dalam konteks atau latar belakang sejarah geopolitik dunia. Adakah terjemahan menggunakan 'Google Translate' tanpa melakukan pengubahsuaian atau pembetulan yang sepatutnya?

Tambah mengecewakan,terdapatnya penggunaan perkataan yang saya fikir mungkin digunakan untuk lebih 'appealing' kepada pembaca Generasi Z/Alpha. Jika benar,itu adalah satu keputusan yang bodoh dan sepatutnya tidak berlaku! Jika buku ini adalah terjemahan buku fiksyen yang bergenre 'Young Adult',mungkin saya boleh terima. Tetapi,tidak untuk terjemahan sebuah buku bukan fiksyen yang membincangkan satu bab sejarah yang amat penting dalam peradaban manusia.

Sebagai penerbit yang giat menterjemahkan buku-buku ke dalam Bahasa Melayu (yang disokong pula oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor),sejujurnya,saya mengharapkan kualiti terjemahan yang lebih bagus daripada ini. Mungkin pihak IBDE perlu mengupah penterjemah yang lebih arif mengenai subjek yang ingin diterjemah berbanding penterjemah yang umum. Ilmu terjemahan sebenarnya bukanlah hanya semata-mata menterjemahkan sesuatu perkataan atau ayat dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain. Terjemahan juga merupakan satu seni untuk bagaimana memastikan kumpulan sasaran memahami apa yang ingin disampaikan oleh sumber asal.